Mohd Razi Mohd Ali

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Mohd Razi Mohd Ali (lahir 1 April 1973) berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, menyandang ADUN Sungai Lui selama dua penggal.Beliau merupakan bekas guru bidang pertanian serta kurikulum selama 18 tahun merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu sejak 2018.Beliau menetap di Felda Pasoh 3 mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Batu Kikir, kemudian mengambil sijil perguruan asas (kemahiran hidup) pada 1995 di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu dan melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian).Pencapaian dalam bidang pendidikan, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2000 dan 2009.Pada peringkat politik, beliau pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelebu selama sepenggal dan Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada 2013 hingga 2018.Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Mohd Razi daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 7,795 undian ketika menentang Zainal Fikri Abd Kadir daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 3,396 undi dengan majoriti undi sebanyak 4,399.

Mohd Razi Mohd Ali

Lahir (1973-04-01) 1 April 1973 (umurĀ 48)
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Zainal Abidin Ahmad
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Sekutu gabunganpolitik lain Barisan Nasional